• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Larian Milo Breakfast Day 2015

    Sunday, May 10, 2015
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


    Hari ini aku join larian milo untuk kali kedua. First time aku join 2013, last year aku tidak dapat menyertai. Tapi its ok..biasa laa tu..bukan semua benda yang kita nak tua akan dapat kn?

    10 Mei 2015, 1st run aku tahun ni..untuk sesiapa yang teringin nak join larian milo ni tahun depan.. Memang kena ready awal2.. sebab registration terhad.. xlama after registration date, mesti full.

    After larian tamat, peserta yang berjaya menamatkan larian akan diberi pingat dan 1 goody bag. Di dalam goody bad itu akan diletakkan pelbagai barangan milo dan nestle. Peserta diberikan 1 voucher makanan yang bernilai rm3.00.. voucher ini boleh digunakan utk membeli makanan yang disediakan. Antara makanan yang ada ialah, bihun goreng, capati, sandwich, pau dll..

    Yang paling best.. terdapat banyak booth utk minum air milo yang sgt sedap. aku minum milo sgt byk harini. tapi xdak laa pula milo tu menyalurkan energy yang berkuasa super saiya kat aku..
    Balik dari larian, aku tidur..hehe..

    Ada banyak gambar yang aku tangkap, tapi tidak berapa sesuai utk dikongsi kerana takut mendedahkan aurat pihak2 lain. walaubagaimana pun, kalau nak tengok jugak.. boleh tengok kat laman sosial #mbd2015

    Have fun ~