• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Hyakumangoku Matsuri Kanazawa

    Monday, June 6, 2016
    4 June 2016

    Pada hari Sabtu lalu, Kanazawa telah mengadakan festival "Hyakumangoku" di mana ramai orang berkumpul untuk meraikan festival ini. Aku telah menyertai pasukan Universiti Kanazawa untuk menari tarian tradisional selepas perarakan.

    Malam sebelum festival ini diadakan, Toro Nagashi turut diadakan di mana lantern diterapungkan sepanjang sungai Asanogawa. Keesokan paginya orang Kanazawa akan berkumpul di sepanjang jalan berdekatan Kenrokuen.

    Bagi tarian yang perlu aku menari adalah simple ja. Sebanyak 95 pasukan menyertai festival ini .. Lebih 10 000 orang menari pada petang tersebut.

    Sumber : http://www.kanazawa-tourism.com/eng/event/event2.php




    Pengalaman kali ini sangat bermakna. InsyaAllah jika umur panjang, Tahun depan nak join lagi..!!



    1.6.16

    Wednesday, June 1, 2016
    Hari ini hari yang sukar.

    Sejak semalam aku mula terasa untuk berhenti belajar.
    Semakin hari semakin susah untuk teruskan fasa belajar ini.
    Mungkin aku terlalu leka dengan zon selesa aku ini..
    Mungkin masih tiada panggilan wake up.

    Aku masih sesat dalam dunia aku sendiri.
    Aku makin jauh ke jalan yang gelap.
    Kelam jalan yang dilalui membuat aku runsing.

    Ya Tuhan,
    Ampunilah dosaku.
    Jentiklah sedikit hambaMu yang lemah ini,
    Berikan petunjuk buatku.

    Setiap hari, setiap langkah, setiap detik yang berlalu,
    rasa dicemar dengan dosa.
    Setiap masa, setiap kata, setiap cita yang lalu,
    menarik diri ini ke pangkal.

    Ku mohon agar diri ini mampu menempuh jalan yang dipilih.
    Walau pilihan di tangan sendiri.
    Namun tangan yang sama perlu menadah meminta keberkatan ILLAHI.



    1616
    Kajolisa
    Kindai
    8.58 p.m.