• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Toyama Bandar

    Tuesday, February 28, 2017
    #weekendkajolisa kembali setelah lama cik lisa tak jalan-jalan...


    Salam sejahtera,

    Last weekend aku membuat keputusan untuk pergi ke Toyama setelah lama sudah membuat plan ingin melawat naqibah aku, akhirnya membantu junior pindah barang dari Kosen Ishikawa ke Toyama Universiti aku jadikan alasan untuk ke sana. Barang junior tu banyak laa juga, tetapi muat lah diangkut oleh 2 kereta.

    Bertolak Jam 3 petang dari Kanazawa, kami (2 kereta) tiba di rumah senior di toyama setelah 2jam (lebih kurang). Kebetulan malam tersebut ada kenduri majlis walimah sebab ada pasangan pelajar toyama ini bernikah awal tahun ini. Alhamdulillah, dapat jugak aku makan nasi kenduri di Jepun ini.
    Di samping dapat mengenal rakan-rakan baru di Toyama, aku juga dapat berborak dengan orang-orang lama di Jepun.


    Setelah di dicadangkan beberapa tempat, aku pergi ke the most beautiful bay in the world. Aku pun tak tahu macam mana orang ukur kecantikan sesebuah bay, tetapi mungkin juga aku tidak pernah ke bay yang lain. So, inilah bay yang paling cantik.
    Sepatutnya kapal yang kat belakang itu boleh masuk tetapi ada persediaan untuk majlis apa entah, aku tidak berpeluang untuk membuat inspection ke atas kapal ini. InsyaAllah, nanti nak pergi lagi.
    (500yen kalau nak masuk)

    After kecewa tidak dapat melawat ke dalam isi perut kapal ini, aku teruskan perjalanan ke Toyama Glass Museum which is tidak lah berapa jauh dari tempat kapal tadi. Kali ini dapat lah masuk dengan bayaran 300 yen seorang (harga pelajar). Di sini, tak semua bahagian boleh tangkap gambar, sila berhati-hati kalau nak tangkap gambar. Semua hasil seni dijaga dan diperhati dengan rapi.

    Ditemani dua orang toyama ni, terhibur jugak laa cik lisa berjalan-jalan di Toyama.



    Tiba di malam hari, aku di ajak ke Kansui Kouen di mana terletak starbarks yang dikatakan antara paling cantik di dunia jugak. Tapi aku tak nampak laa kecantikan dia sebab aku pergi malam dan hujan renyai-renyai. Mungkin tempat ni jugak aku akan pergi sekali lagi di siang hari.


    Terima kasih kepada orang-orang toyama yang sudi layan cik lisa. Semoga kita jumpa lagi. Terima kasih jugak sebab bagi menang tv.