• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Boling di Jepun

    Wednesday, November 25, 2015
    Hujung minggu lepas merupakan weekend yang menarik. Siapa sangka aku akan berkenalan dengan kawan-kawan baru yang membuatkan aku tidak henti tertawa seharian.

    Hari Jumaat
    malam-semua orang ingin bergembira kerana terlalu stress pada minggu lepas. Maka kami membuat keputusan untuk bermain boling pada malam tersebut. Apa yang menarik bukannya permainan itu, tetapi orang2 yg bermain sekali. Ini adalah pertama kali aku bermain boling di Jepun. Keadaan sedikit berbeza dengan Malaysia.

    Fakta menarik:

    -Setiap setengah jam, akan diadakan Strike Time. Semua pemain yang berjaya menjatuhkan semua pin ketika itu akan dikalungkan bunga [dan mungkin ada hadiah(aku xtahu sebab x menang)].

    - Bola boling tersebut  glow in the dark

    - Di bahagian hujung (dekat pin), skrin memaparkan lagu-lagu dan iklan. Dan pemain jugak boleh request MV lagu untuk dipasang.

    -tempat ambil/pulang kasut juga menarik dimana pemain hanya perlu menekan satu punat untuk saiz kasut yang dikehendaki (ala-ala vending mesin)

    -yang tak bestnya..mahal laa jugak..2game hampir 2000 yen

     


    11月11日

    Wednesday, November 11, 2015
    11.11

    Tarikh yang menarik untuk diingati, namun hari ini berjalan seperti biasa.

    Setiap hari aku di sini dimulakan dengan berjalan kaki hampir 30 minit ke universiti. Kedudukan Kindai (Kanazawa Universiti) yang berada di atas bukit membuatkan aku perlu mengambil nafas panjang apabila tiba. Nihongo no Kurasu (Kelas Bahasa Jepun) ini mengambil masa selama 90minit. Dengan kehadiran pelajar dari pelbagai negara, kelas kami menjadi sangat menarik. Guru-guru bahasa Jepun di sini juga sangat bersemangat membuatkan kami seronok untuk hadir ke kelas.

    ni bangunan kelas bahasa 

    Kelas bahasa selalunya dimulakan dengan kuiz perkataan baru bagi bab baru. Kemudian diteruskan dengan tatabahasa. Dan pada hari ini, sesi baru iaitu perbualan bersama orang jepun diadakan. Setiap orang perlu berborak dengan beberapa orang jepun selama hampir 20minit. Sesi ini adalah sesuatu yang baik untuk meyakinkan diri berkomunikasi dalam bahasa Jepun.

    Setiap hari, setelah kelas tamat, latihan akan diberikan. 

    Hari aku diteruskan dengan ke makmal. Di sini lah aku menghabiskan masa aku. Selepas makan tengah hari di kantin, aku akan kembali semula ke makmal. Setiap orang di makmal akan disediakan tempat untuk bekerja, maka kami saling mengenali dan membantu satu sama.



    Ni makanan harian aku. Ada dua pilihan halal. Alhamdulillah, ada juga makanan halal yang disediakan.

    Kemudian, makmal lah tempat aku bersarang, termenung, berfikir, terlelap, berborak dan lain-lain.

    Harap aku tabah hidup sebegini sepanjang lagi 3tahun.

    InsyaAllah.



    gambar-gambar Kindai





    #weekendkajol

    Friday, October 30, 2015
    Alhamdulillah,

    Esok genap sebulan aku tinggal di Kanazawa. Alhamdulillah setiap weekend sekarang ini masih diisi dengan melawat ke tempat-tempat menarik.

    Pada hujung minggu pertama, aku tidak ke mana-mana kerana sibuk untuk pindah ke rumah baru. mengemas dan mengangkut barang menjadi tugas utama.

    Walaubagaimana pun,

    10-11 Oktober,

    Adik-adik di sini mengajak aku untuk pergi ke rumah senior mereka di Nara. Nara berdekatan dengan Osaka dan Kyoto. Oleh sebab itu, aku dapat singgah ke Bandar Osaka dan Kyoto.





    18 Oktober
    Kenroku-en merupakan taman ke  tercantik di Jepun. Bayaran dikenakan kepada semua pelawat. Tetapi penduduk yang tinggal di Kanazawa tidak dikenakan bayaran masuk.

    25 Oktober
    Hakusan(Gunung Haku)
    Jalan pergunungan ini tidak dibuka sepanjang tahun. Perjalanan di lereng gunung ini disajikan dengan permandangan yang sangat indah. Tambahan pula pokok-pokok di musim luruh sedang kekuningan keemasan.

    progress ke Jepun

    Tuesday, July 28, 2015
    Salam sejahtera ke atas mu.

    Minggu lepas waktu orang duk sibuk2 raya, masa tu laaa aku dapat email confirmation biasiswa Monbusho nih.Alhamdulillah...(patot sujud syukur)

    Sekarang ni aku tengah sediakan dokumen untuk pemohonan visa pelajar ke Jepun. 
    Bila aku emel Embassy Jepun di Malaysia tanya pasal visa, depa reply:

    We need 2 working days to process your application. Please bring along :

    1. Original passport
    2. One visa application form
    3. One 4.5 x 4.5 cm coloured photo, white background
    4. Original & photocopy of Certificate of Eligibility (COE) from Ministry of Justice in Japan


    Setakat ni semua dah ada, cuma COE. Aku x apply lagi pun. tengah pening macam mana nk buat COE. Orang/Google duk habaq COE ni ambil masa sebulan hingga 3 bulan untuk siap.

    Amat merisaukan.


    Walaubagaimana pun, pagi tadi aku dapat email dari pihak universiti mengenai permohonan tiket penerbangan.
    Alhamdulillah lagi.. ada jugak progress. Apa yang bagusnya orang Jepun ni, aku perasan depa suka explain panjang2 dalam email, attachement. So, kita kena baca dengan teliti apa yg depa hantaq.


    So, aku baru ja reply kat Miss Tomita pasal permohonan tiket penerbangan ke Jepun. Aku berharap tiada masalah lah nanti. Aku suggest tarikh 25.9-27.9. KUL-KMQ .. Doakan aku~

    Stress?

    Friday, June 26, 2015
    Assalamualaikum..

    Dah hampir seminggu aku dapat task baru dari Supervisor (SV) aku.. dan hampir seminggu jugak lah otak aku tak tenang.. Aku cuba fokus...cuba untuk memahami...tapi aku rasa otak aku sangat lembab sebab lama dah tak digunakan..*that what I think lah*

    mungkin juga task and topik apa yang SV aku ni bagi aku tak boleh nak brain langsung..aku tak nampak apa yang aku nak kena buat..homaigod!!!

    mampu kah aku nk sambung PhD camni?

    "Ya Tuhan...bantulah hambamu ini...permudahkanlah perjalanan hidupnya...jauhkanlah dari sifat yang malas"...


    MALAS...ya..tu laa penyakit aku yang paling dasat sekarang ni...memang xdak ubat...
    mau tak mau..kena gak ubah sikap..tapi aku rasa x motivated langsung sekarang ni..

    huhu..


    sekian luahan perasaan waktu stress...moga post berikutnya lebih menceriakan hati

    Larian Milo Breakfast Day 2015

    Sunday, May 10, 2015
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


    Hari ini aku join larian milo untuk kali kedua. First time aku join 2013, last year aku tidak dapat menyertai. Tapi its ok..biasa laa tu..bukan semua benda yang kita nak tua akan dapat kn?

    10 Mei 2015, 1st run aku tahun ni..untuk sesiapa yang teringin nak join larian milo ni tahun depan.. Memang kena ready awal2.. sebab registration terhad.. xlama after registration date, mesti full.

    After larian tamat, peserta yang berjaya menamatkan larian akan diberi pingat dan 1 goody bag. Di dalam goody bad itu akan diletakkan pelbagai barangan milo dan nestle. Peserta diberikan 1 voucher makanan yang bernilai rm3.00.. voucher ini boleh digunakan utk membeli makanan yang disediakan. Antara makanan yang ada ialah, bihun goreng, capati, sandwich, pau dll..

    Yang paling best.. terdapat banyak booth utk minum air milo yang sgt sedap. aku minum milo sgt byk harini. tapi xdak laa pula milo tu menyalurkan energy yang berkuasa super saiya kat aku..
    Balik dari larian, aku tidur..hehe..

    Ada banyak gambar yang aku tangkap, tapi tidak berapa sesuai utk dikongsi kerana takut mendedahkan aurat pihak2 lain. walaubagaimana pun, kalau nak tengok jugak.. boleh tengok kat laman sosial #mbd2015

    Have fun ~

    Starting to next step

    Sunday, April 26, 2015
    Assalamualaikum,

    Salam Weekend ~


    Pada hari yang baraqah ini, aku nak share yang aku dah dapat offer sambung belajar. InsyaAllah akan terbang ke negara matahari terbit pula kali ini. Syukur ke hadrat Illahi aku terpilih untuk ke sana. Alhamdulillah~


    Walaubagaimana pun, bila nak sambung belajar, macam2 soalan akan terbentuk di dalam otak masing2 kan? Sejak aku confirm dapat biasiswa dan tempat untuk sambung belajar nih, ramai juga laa yang bertanyakan soalan2 yang sama.

    How to apply?

    mula2 aku pun tanya soalan yang sama kepada kawan2 yang dah sambung PhD. Aku cuba menghantar email kepada universiti2 yang aku nak pergi (sila google dulu, U mana yang hampa nak pi). kemudian ada yang mengbalas dengan sukacita, tapi banyak yang dukacita lah.

    walaubagaimanapun, cara yang paling berkesan aku rasa ialah melalui recommendation. Kalau hampa dah ada orang recommend, process untuk memohon menjadi sangat mudah.

    Sekarang, aku bekerja sebagai pembantu penyelidik di UKM. Aku punya Supervisor(SV) yang recommend aku kepada bakal SV aku di Japan. Alhamdulillah, aku hanya ambil masa 3minggu untuk proses memohon. Sebulan kemudian, aku dapat result yang aku diterima sekali dgn biasiswa.


    BIASISWA, perkara yang paling susah untuk dapat. Alhamdulillah, syukur.syukur..syukur..Allah permudahkan aku untuk dapat scholarship (MEXT: Monbukagakusho) ini. Peluang akan lebih cerah jika kamu yang ingin memohon, memohon masuk ke universiti yang menyediakan biasiswa sekali.
    (yang ni memang kena rajin research).

    sebenarnya, yang paling penting aku rasa ialah betulkan NIAT..*lillahita'ala*




    so, pray for me...semoga aku abes PhD ontime. insyaAllah fly Oktober 2015.

    insyaAllah juga aku akan cuba rajin2 meriahkan blog ini sebab nyesal x tulis banyak masa p deutchland...T_T