• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • #weekendkajol lagi

    Saturday, December 19, 2015
    InsyaAllah dengan tahap kesibukan sekarang. Aku harap aku dapat mengemaskini blog aku sekerap mungkin. Hari - hari minggu yang aku jalani akan aku ceritakan, mungkin hanya sedikit tetapi aku harap aku dapat ingat hari-hari yang dilalui. Sebenarnya aku menyesal kerana tidak membuat sebarang catatan sepanjang aku berada di Jerman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. *padan muka*

    Walaubagaimana pun, hari minggu yang lalu (5 Disember) aku mengikuti satu program di mana orang bukan Jepun di jemput untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris selama hampir 3jam bersama pelajar-pelajar sekolah menengah.

    Apa yang lagi menarik, dalam banyak-banyak gambar yang penganjur ambil. Gambar aku yang menjadi pilihan untuk dimasukkan ke dalam Facebook University.


    Mungkin bagi orang lain "ek eleh,tu pun nk sonok"...Tetapi bagi aku It is okay to be happy for this kind of moment in my life.

    Minggu lepas pula, aku menyertai perjumapaan agung persatuan pelajar jepun di Hokuriku di Fukui. Oleh sebab aku baru sampai dan tak kenal sesiapa. Maka aku undi AJK untuk tahun depan ikut suka hati aku ja. Selepas perjumpaan dan lantikan ajk sesi 2016 tersebut, ada pertandingan boling yang komfem2 aku kalah laa... Aku boleh jadi ratu longkang ja.. hihihi..

    Lupa pula nak tangkap gambar pemenang. Brader lane sebelah memang terror habis lah. Kalau jumpa gambar, InsyaAllah aku update.

    Sekian.