• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Cinta Pendrive?

    Thursday, March 12, 2015
    Cerpen "Cinta Pendrive ku Berputik"

    Jam Tangan REEBOK ku berwarna oren menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Aku cuma ada sejam untuk mencetak dokumen-dokumen penting sebelum menghantar ke Pejabat. Saat aku keluar daripada kereta, aku cuma mencapai bahan penting. Mulut terkumat-kamit mengingati apa yang perlu dibawa."kertas, duit, pendrive". Berkali-kali aku ulang supaya tidak perlu aku patah balik ke kereta.

    Aku mula mengorak langkah ke makmal di Fakulti Kejuruteraan, tiba-tiba aku sedar cuma ada kertas,duit,dan kunci kereta. "Oh..kenapa boleh lupa pendrive" omel aku seorang diri.

    Oleh sebab masa mencemburui aku, aku cuma seluk bahagian depan bag sandangku. Tapi yang aku dapat rasa beberapa keping duit syiling dan bekas contact lens aku. Peluh mula memercik di dahi. Cuaca yang suam-suam kuku pun aku rasa seperti berada di dalam ketuhar. Aku mula panik!!

    Nasib baik aku mempunyai pendrive kecemasan. Dan nasib baik juga semua dokumen dalam komputer riba aku sudah dikemaskini. Aku cuma membuat anggapan pendrive aku tertinggal di hostel atau hilang. Hati mula redha dengan pemergian Si Hijau(Pendriveku). Dengan hati yang lara, aku teruskan juga misi penting aku. Setelah selesai mencetak dan menghantar ke pejabat, Tiba-tiba aku mendapat penggilan" Hello, cik nurul?" suara lelaki kedengaran dari corong telefon bimbitku. "Bukan, saya bukan nurul". Aku cuma menganggap lelaki ini salah mendial nombor.

    "Ada hilang pendrive tak?"

                     "Eh..ada2..alhamdulillah...ada orang jumpa". Encik kat mana?Jumpa pendrive kat mana?

    "Saya jumpa depan institut ni ha. Awak kat mana? Boleh saya bagi pendrive awak balik.

                     " Saya dalam institut. Hmm..saya dengar suara awak lah."

    Saat itu aku tercari orang yang memegang telefon, rupanya dia duduk selang 2 buah meja dari aku.
    Dia dapat menghubungi aku kerana aku save nama pendrive aku sebagai nombor telefon. Memang sebelum ini aku pernah kehilangan pendrive, tapi tak ada pula yang menghubungi aku. Mujur lelaki ini baik. "Muka ada sinar-sinar keimanan." aku cuma bermonolog dalaman .Eh??

    Hahaha..nasib baik aku cuma bermonolog dalaman. Jujur aku terfikir adakah ini jodoh aku?Sebab dah lama buat lawak bila orang tanya kenapa letak nombor telefon kat pendrive? Aku jawab "motif letak nombor telefon sebab nak cari jodoh"

    Aku dengan si dia berborak agak lama kerana dia terbuka folder dalam pendrive aku. Dan kami berborak mengenai pelbagai topik sehingga aku sedar, semua yang lalu lalang mula memerhati.
    Mungkin aku sahaja yang perasan lebih.. (^_^)

    Oleh sebab aku mula segan, aku mintak diri dan ucap thanks~~

    Moga lepas ini kita jumpa lagi~~~
    (Si Hijau)


    Oppss..cerita xdak kena mengena sangat dengan tajuk.hahaha..
    mungkin cerita cinta pendrive akan bersambung..jeng3..

    0 comments:

    Post a Comment