• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Dr. Dracula minta darah..darah..darah..

    Thursday, March 5, 2015
    Salam sejahtera...


    Dah lebih sebulan aku balik dari German. Banyak aku nak cerita tapi asyik duk tangguh2, habis lupa sudah hot2 stories.. Basi dah kalau nk cerita pun.

    Berbalik pada tajuk, nak tau pasaipa apa tulis darah sampai 3 kali. Sebab harini aku pi klinik kesihatan untuk buat medical check up. Medical Check up ni aku buat sebab sekarang aku tengah isi borang nak sambung belajar. Tak tau laa dapat ka tidak, aku just usahakan ja.

    Mula2 aku sampai klinik kul 1.35-1.40 macam tu laa sebab semalam dia bagi appointment aku kul 2.00. Aku memang duk tgk jam, pukul 2.10 baru ada orang kt kaunter. Pukul 2.15 baru panggil aku. suruh pi bilik no.7. Dah laa nak tunggu turn kat bilik no.7 tu pun lama. Memang menguji kesabaran betul. Nasib baik laa aku puasa, tahap kesabaran aku tinggi laa jugak.

    Dah masuk dalam tu, Dr. ambil darah. bila result darah dah keluar. Ada 2 element yang dalam borang ni dia tak uji. So, aku kena pi bilik no.7 balik sebab kena ambil darah baru. Oleh sebab darah yang aku baru ambil boleh guna lagi untuk salah satu element, Dr. tu kena ambil darah sekali lagi jelah. BUT dia salah tengok borang aku...lepas dah ambil darah baru dia cakap, kalau element yang satu ni, kena guna tabung uji lain. Denggg!!!

    Now kali ketiga dia ambil darah aku. Siap suruh tukar tangan lagi...Sabar jelaa, mungkin ni laa kesusahan2 yang timbul untuk sambung blajaq.. Dah macam dracula dah ambil darah banyak2.

    Punya laa macam bola kena p ambil darah, urine test, x ray, kaunter pendaftaran tu aku p dekat 5 kali kot. total2 3 jam lebih aku kat situ.. Apa2 pun syukur bayaq x mahai..


    Dear Dr. Dracula, di harap sebelum ambil darah sila pastikan tujuan darah di ambil.

    Dear sesiapa nk buat medical check up..baca dan tanya doctor dulu. Apa yang perlu dan apa yang tak perlu.


    Semoga Result Darah aku selamat laa hari Isnin.


    0 comments:

    Post a Comment