• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Pindah Rumah

    Monday, May 29, 2017
    Salam sejahtera ke atas kamu,

    Hasrat di hati hendak tulis sekurang-kurangnya sebulan sekali, tapi terlupa pula bulan lepas. Mungkin sebab sibuk menguruskan hidup berseorangan (一人暮らし) di rumah baru. 1 hb April aku pindah ke kawasan yang bernama Tagami (田上) di mana rumah baru ini agak jauh dengan rumah warga Malaysia yang lain. Niat di hati konon2 bila tinggal berjauhan, izdiharr akan lebib berdikari. Tapi masalah bahasa menjadi punca aku rasa susah. (T_T)

    Walaubagaimana pun, terdapat beberapa pesanan kepada bakal pencari-pencari rumah.

    1. Lokasi rumah dengan Universiti-sila pilih rumah yang dekat dengan apa yang kamu rasa perlu. kalau hidup sentiasa kat universiti, boleh laa cari rumah dekat2. Kalau dah hari2 nak pergi gym, boleh guna pilih rumah yang dekat gym. eh! Tetapi kalau ada kenderaan wajar juga untuk cari rumah yang agak jauh.
    2. Parkir kereta-Bagi sesiapa yang mempunyai kereta atau bercadang untuk membeli kereta, anda perlukan parkir. Parkir di Jepun sangatlah mahai dan membuatkan anda akan berfikir banyak kali sama ada mahu membeli kereta atau tidak. Selalunya parkir di kawasan kanazawa ¥5000ー¥6000 sebulan. 
    3. Gas yang digunakan- Untuk memanaskan air di rumah-rumah Jepun, terdapat 2 jenis gas yang digunakan (Toshi dan LP). Dikatakan toshi gas lebih murah daripada LP kerana toshi gas diuruskan oleh kerajaan manakala LP diberikan kepada pihak swasta. (xpasti, kena check balik). 
    4. Usia rumah-yang ni penting bagi orang yang mementingkan 'privacy'. Kalau rumah yang sudah berusia selalunya diperbuat daripada papan. Oleh sebab itu, segala pergerakan orang atas, jiran tepi boleh didengari. Kemungkinan juga pergerakan anda akan didengari dan jiran boleh membuat aduan.
    5. Kemudahan yang disediakan-internet, air, deposit, dan lain-lain perlulah diteliti sebelum anda membayar wang pendahuluan/tandatangan kontrak. Ada rumah yang sewa rumahnya termasuk bil elektrik dan internet. 






    p/s: Beberapa minggu lepas, maksu tanya macam mana rupa rumah baru?adik aku explain macam rumah shin chan masa rumah di terbakaq..haha, sila rujuk gambar di bawah.


    0 comments:

    Post a Comment