• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Kenrokuen 兼六園

    Friday, February 19, 2016
    Kenrokuen adalah taman ke-3 tercantik  di Jepun. Setiap musim taman ini mempunyai keunikan tersendiri. Gambar yang ditangkap pada minggu lepas ini ketika salji lebat turun.
    InsyaAllah akan cuba capture gambar di musim-musim lain.


    Di pokok-pokok ini diikat tali-tali untuk mengelak dahan pokok patah akibat salji tebal. The name of it is "yukizukuri" if I not mistaken. I have to check back.



    Untuk pengetahuan, penduduk Ishikawa yang ingin melawat Kenrokuen pada hari minggu boleh memasuki taman ini secara percuma. Jika hari-hari biasa perlu bayar 310 yen.



    Presentation Master

    Friday, February 12, 2016
    Salam sejahtera,

    Hari ini semua pelajar Sarjana perlu membentangkan hasil kajian mereka selama 2tahun. Semua berpakaian kemas dalam keadaan bersedia. Apa yang menarik di sini, penetapan masa yang dilaksanakan. Semua pelajar hanya diberi 15 minit masa untuk 5 minit sesi pembentangan dan soal jawab. Soalan yang diajukan oleh pihak juri agak mencabar tetapi dalam masa 5 minit itu, hanya 1 atau 2 soalan sahaja yang sempat ditanya.



    Semua pelajar memakai kot dan ini membuatkan mereka nampak sangat kemas. Oleh kerana aku tidak dapat memahami apa yang dibentang, perasaan kecewa itu menghantui diri ini.

    semoga 3tahun di sini, aku mampu meningkatkan kebolehan bertutur dalam bahasa jepun.