• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • 11.11

    Friday, November 11, 2016
    Hari jumaat kali ini jatuh pada 11 haribulan 11.. tarikh memang menarik, dari padi berazam nak buat sesuatu yang menarik...tapi semua x jadi..

    However, hari ini first time pi melawat JAIST. Nice jugak tempat ni, sesuai laa untuk belajar.
    Kalau dari kanazawa drive lebih kurang 20minit. 
    Nak cerita lagi pasai JAIST ni...tapi aku sendiri pun xtau sangat. Yang aku tau, exam entrance dia melalui pembentangan proposal research. Tak macam universiti lain yang kena ambil exam bertulis dan juga temuduga. I think it is a little easier.

    Apa-apa pun, kalau aku rajin nanti aku updet lg pasal jaist nih..*kalau rajin*





    Kouyou 紅葉

    Sunday, November 6, 2016
    紅葉

    Masyarakat Jepun mempunyai satu aktiviti yang dilakukan semasa musim luruh yang dinamakan 'Kouyou'. Aktiviti ini tidak lah semeriah seperti 'Hanami' di mana semua orang berkelah di bawah pepohon sakura beramai-ramai tetapi ke arah berkumpul untuk menikmati saat-saat dedaunan bertukar menjadi kuning atau merah sebelum luruh. Tahun lepas aku sempat ikut ke Hakusan tetapi tahun ini lebih menarik sebab aku ber'kouyou' di Kamikouchi.

    Kamikouchi telah diisytiharkan sebagai taman negara (national park) sejak tahun 1965.

    Perjalanan dari Kanazawa ke tempat parking mengambil masa lebih kurang 3 Jam dan bas ke kamikouchi ini pula 30minit. Tiket pergi balik dari kawasan parking ke atas 2050 yen.

    Di bawah ini antara gambar yang di ambil sekitar kawasan tersebut.
    Cantik dan berbaloi pergi ke kawasan ini.
    ぜひ 行ってください!