• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Starting to next step

    Sunday, April 26, 2015
    Assalamualaikum,

    Salam Weekend ~


    Pada hari yang baraqah ini, aku nak share yang aku dah dapat offer sambung belajar. InsyaAllah akan terbang ke negara matahari terbit pula kali ini. Syukur ke hadrat Illahi aku terpilih untuk ke sana. Alhamdulillah~


    Walaubagaimana pun, bila nak sambung belajar, macam2 soalan akan terbentuk di dalam otak masing2 kan? Sejak aku confirm dapat biasiswa dan tempat untuk sambung belajar nih, ramai juga laa yang bertanyakan soalan2 yang sama.

    How to apply?

    mula2 aku pun tanya soalan yang sama kepada kawan2 yang dah sambung PhD. Aku cuba menghantar email kepada universiti2 yang aku nak pergi (sila google dulu, U mana yang hampa nak pi). kemudian ada yang mengbalas dengan sukacita, tapi banyak yang dukacita lah.

    walaubagaimanapun, cara yang paling berkesan aku rasa ialah melalui recommendation. Kalau hampa dah ada orang recommend, process untuk memohon menjadi sangat mudah.

    Sekarang, aku bekerja sebagai pembantu penyelidik di UKM. Aku punya Supervisor(SV) yang recommend aku kepada bakal SV aku di Japan. Alhamdulillah, aku hanya ambil masa 3minggu untuk proses memohon. Sebulan kemudian, aku dapat result yang aku diterima sekali dgn biasiswa.


    BIASISWA, perkara yang paling susah untuk dapat. Alhamdulillah, syukur.syukur..syukur..Allah permudahkan aku untuk dapat scholarship (MEXT: Monbukagakusho) ini. Peluang akan lebih cerah jika kamu yang ingin memohon, memohon masuk ke universiti yang menyediakan biasiswa sekali.
    (yang ni memang kena rajin research).

    sebenarnya, yang paling penting aku rasa ialah betulkan NIAT..*lillahita'ala*




    so, pray for me...semoga aku abes PhD ontime. insyaAllah fly Oktober 2015.

    insyaAllah juga aku akan cuba rajin2 meriahkan blog ini sebab nyesal x tulis banyak masa p deutchland...T_T

    0 comments:

    Post a Comment