• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • cerpen

    Monday, May 9, 2016
    Saat aku bertemu rakan lama tiba-tiba satu soalan ditanya.

          "Eh. Lisa, ada orang nak masuk meminang. Ko nak tak?" Mawarnis berbisik.
                Awat aku?Siapa yang nak pinang2 nih? Lisa menggelabah menjawab. 

          "Aku orang tengah je wei, dia pesan suh ko bagi jawapan dalam masa tiga hari, ape-ape hal ko rojer aku balik k?Ingat Lis, 3 hari je....."
               

    "Lisa mula bermonolog dalaman. "Patut ka aku kawen dengan dia?3 hari ja mana sempat nak decide, kalau Istikarah cinta pun belum tentu Allah bagi hint on the spot. Arghh, stress lak nak pikiaq"

    Lisa meneruskan perjalanannya ke universiti. Sepanjang perjalanana Lisa masih dihantui dengan soalan rakannya tadi. Bukannya Lisa tidak mahu mendirikan rumah tangga, cuma kali ini 3 hari yang diberikan oleh jejaka tersebut untuk berfikir dan membuat keputusan adalah terlalu singkat. Walaupun umur semakin mencapai angka 30 an, Lisa masih ragu-ragu untuk menerima lamaran entah dari siapa. 

    Tiba di universiti, Lisa menyarung labcoatnya dan terus ke makmal. Otak yang patut dipenuhi dengan prosedur eksperimen mula di acah-acah dengan rupa paras jejaka tersebut. Lisa mula teringat "encik pendrive" yang diminati suatu ketika dahulu.  Sudah setahun berlalu kisah tersebut, dan sudah berjuta kali jugalah perkataan moved on bibir Lisa berbicara tetapi masih terdetik di hujung sudut terpencil di hati Lisa "patutkah aku tunggu 'encik pendrive' tu lagi?"

    Eksperimen hari ini masih diteruskan walaupun hati sudah tidak keruan. Lisa cuba menghabiskan eksperimennya sepantas kilat. Setelah keputusan diperolehi, Lisa terus berkemas dan bergegas mencari Mawarnis.

    "Mana pulak laa pi cik Mawarnis nih, orang duk kalut cari dia....Dia pun kalut hilang pi mana"


    Lisa hampir buntu untuk membuat keputusan. Ibu dan abah sudah ditanya pendapat, masing-masing berserah dengan keputusan Lisa. Adik beradik pun memberi pendapat yang sama. 

    Sampai lewat malam Lisa masih tidak dapat menghubungi Mawarnis. Tempoh berfikir semakin singkat. 2 hari lagi..

    Akhirnya Lisa tertidur dalam kebingungan.


    Tepat jam 3pagi, alarm yang dikunci mula berbunyi. Lisa bangun dengan tenang, sengaja dia berbuat begitu agar dapat berbicara dengan Ilahi. Lisa duduk bersila sambil mengeliat ke kiri dan kanan supaya badannya lebih segar. Usai mengambil wuduk, Lisa mencapai telekung birunya dan mulakan qiammulail dengan solat sunat tahajud, tasbih, taubat. Kemudian, saat mahu memulakan solat istikarah, tiba-tiba hati menjadi sayu. mata pula mula berkaca. terasa terlalu berat untuk membuat keputusan drastik seperti dipinta. Lisa meneruskan solatnya seperti dirancang cuma sujud terakhirnya lebih lama dari biasa.

    Sambil menunggu subuh, Lisa masih mengadu domba dengan Illahi agar diberi petunjuk dalam masa terdekat.

    Tapi apakan daya, bila saat Lisa bertemu Mawarnis dan ingin menyatakan keputusannya, rupa-rupanya Mawarnis hanya memainkan perasaan Lisa.

    0 comments:

    Post a Comment