• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • 11月11日

    Wednesday, November 11, 2015
    11.11

    Tarikh yang menarik untuk diingati, namun hari ini berjalan seperti biasa.

    Setiap hari aku di sini dimulakan dengan berjalan kaki hampir 30 minit ke universiti. Kedudukan Kindai (Kanazawa Universiti) yang berada di atas bukit membuatkan aku perlu mengambil nafas panjang apabila tiba. Nihongo no Kurasu (Kelas Bahasa Jepun) ini mengambil masa selama 90minit. Dengan kehadiran pelajar dari pelbagai negara, kelas kami menjadi sangat menarik. Guru-guru bahasa Jepun di sini juga sangat bersemangat membuatkan kami seronok untuk hadir ke kelas.

    ni bangunan kelas bahasa 

    Kelas bahasa selalunya dimulakan dengan kuiz perkataan baru bagi bab baru. Kemudian diteruskan dengan tatabahasa. Dan pada hari ini, sesi baru iaitu perbualan bersama orang jepun diadakan. Setiap orang perlu berborak dengan beberapa orang jepun selama hampir 20minit. Sesi ini adalah sesuatu yang baik untuk meyakinkan diri berkomunikasi dalam bahasa Jepun.

    Setiap hari, setelah kelas tamat, latihan akan diberikan. 

    Hari aku diteruskan dengan ke makmal. Di sini lah aku menghabiskan masa aku. Selepas makan tengah hari di kantin, aku akan kembali semula ke makmal. Setiap orang di makmal akan disediakan tempat untuk bekerja, maka kami saling mengenali dan membantu satu sama.



    Ni makanan harian aku. Ada dua pilihan halal. Alhamdulillah, ada juga makanan halal yang disediakan.

    Kemudian, makmal lah tempat aku bersarang, termenung, berfikir, terlelap, berborak dan lain-lain.

    Harap aku tabah hidup sebegini sepanjang lagi 3tahun.

    InsyaAllah.



    gambar-gambar Kindai





    0 comments:

    Post a Comment