• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Boling di Jepun

    Wednesday, November 25, 2015
    Hujung minggu lepas merupakan weekend yang menarik. Siapa sangka aku akan berkenalan dengan kawan-kawan baru yang membuatkan aku tidak henti tertawa seharian.

    Hari Jumaat
    malam-semua orang ingin bergembira kerana terlalu stress pada minggu lepas. Maka kami membuat keputusan untuk bermain boling pada malam tersebut. Apa yang menarik bukannya permainan itu, tetapi orang2 yg bermain sekali. Ini adalah pertama kali aku bermain boling di Jepun. Keadaan sedikit berbeza dengan Malaysia.

    Fakta menarik:

    -Setiap setengah jam, akan diadakan Strike Time. Semua pemain yang berjaya menjatuhkan semua pin ketika itu akan dikalungkan bunga [dan mungkin ada hadiah(aku xtahu sebab x menang)].

    - Bola boling tersebut  glow in the dark

    - Di bahagian hujung (dekat pin), skrin memaparkan lagu-lagu dan iklan. Dan pemain jugak boleh request MV lagu untuk dipasang.

    -tempat ambil/pulang kasut juga menarik dimana pemain hanya perlu menekan satu punat untuk saiz kasut yang dikehendaki (ala-ala vending mesin)

    -yang tak bestnya..mahal laa jugak..2game hampir 2000 yen

     


    0 comments:

    Post a Comment