• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Tojinbo, Fukui prefecture

    Wednesday, January 13, 2016
    Last week we have holiday 3 days because Japan have a celebration for those who are becoming 20 years old. I do not know what and how they celebrate it but I have an extra day for weekend.

    We went to Tojinbo where is famous with suicide tragedy. There have a phone booth that those who want to suicide will make last call to their love one. According to statistic 25 person commit suicide annually. However recently a retired police officer, Yukio Shige, frustrated at having fished so many bodies out of the sea, began patrolling the cliffs for potential jumpers. He claims so far (December 2009) to have convinced more than two hundred people to not jump; he keeps in touch with every one of them to this day. (wikipedia)




    On the way back home, we stop by at Fukuijo (Fukui Castle) and a Otera (temple). The castle and temple are amazingly beautiful but the weather is not welcoming us. The entrance fee for both places are 500 yen but I did not go inside because time was limited.


    Fuyu Yasumi (Winter Break)

    Wednesday, January 6, 2016


    Waktu Krismas di sini berbeza dengan di Eropah. Walaupun terdapat pelbagai hiasan untuk perayaan Hari Natal tetapi mereka tidak meraikannya. Mereka lebih meraikan tahun baru di mana semua ahli keluarga akan berkumpul dan makan bersama. Mungkin seperti Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.

    24-28 Disember

    Tarikh ini aku memohon cuti daripada sensei aku. Pada mulanya sensei ingat aku hendak pulang ke Malaysia, dia ragu-ragu ingin memberi perlepasan. Setelah memberitahu aku ingin ke Okinawa, sensei hanya senyum dan beri kebenaran.

    Perjalan ke okinawa bermula pada 23/12. Aku bersama 4 orang lagi rakan menaiki bas menuju ke Osaka/Kansai Airport. Tiket kapal terbang yang dibeli dari sana ke Okinawa dengan menggunakan peach airline (macam airasia). Lebih kurang 13000 yen kos tiket kapal terbang.

    Pengangkutan awam di Okinawa tidaklah sebaik di bahagian Jepun yang lain. Kami disarankan oleh rakan Jepun sendiri untuk menyewa kereta. Kereta sewa juga tidaklah terlalu mahai jika dikongsi bersama. Perjalanan akan menjadi lebih mudah jika sewa kereta.

    Selama 4hari 3malam, kami memilih untuk tidur di tempat yang sama. Apartment yang dilengkapi dapur dan bilik mandi menjadi tempat berteduh. Oleh kerana banyak masa dihabiskan di luar, adalah tidak berbaloi untuk menempah penginapan yang mahal.

    Hari Pertama,

    Ambil kereta sewa berdekatan Lapangan terbang Naha
    Check in penginapan
    Singgah di Outlet
    Malam makan di gasto

    Hari Kedua,
    Shurijo
    Makan lunch (sushi)
    menikmati angin laut di pantai (hujan time tu)
    Outlet sekali lagi sebab tak dapat beli masa hari pertama
    Shopping street








    Hari Ketiga
    Manzamo
    Churaumi Aquarium (berbaloi pergi)
    Zanpa beach (light house)
    Makan sushi lagi (AEON)




         


    Hari Keempat
    Snorkeling 11-1
    bergambar di kawasan sekeliling
    bergerak pulang.

    Untuk peringatan pelancong-pelancong akan datang.
    lebih elok merancang destinasi menarik mengikut kawasan,
    ini adalah kerana kami ulang-alik kawasan yang sama 2 hari berturut-turut.









    1.1.2016

    Saturday, January 2, 2016
    Tahun Baru.

    Walaupun cuti. aku tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berhibur kerana sudah lebih seminggu aku tidak menggunakan otak untuk pembelajaran. Bajet macam nak study lah.

    So, bangun pagi. Breakfast. Kemas bag dan nak gerak ke universiti.
    Tetapi semua tidak menjadi kenyataan. Aku terheret untuk menikmati keindahan senja di tepi pantai. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
    Keadaan yang sangat hampir dengan laut membuatkan aku tidak dapat menafikan pelbagai nikmat yang Allah telah berikan.

    فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
    Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan
    (Surah Ar-rahman)


     Saat menikmati senja, ada orang datang meminta tolong kerana kenderaannya terlekat di pantai. Oleh sebab itu, kami pun membantu mereka menolak kenderaan tersebut. Sudahlah semua perempuan, kereta yang ditolak pula 7seaters memang susah.


    walaubagaimana pun, di hari pertama pada tahun baru. kami telah membuat 1 kebaikan. Semoga kebaikan-kebaikan lain dapat diteruskan.