• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Fuyu Yasumi (Winter Break)

    Wednesday, January 6, 2016


    Waktu Krismas di sini berbeza dengan di Eropah. Walaupun terdapat pelbagai hiasan untuk perayaan Hari Natal tetapi mereka tidak meraikannya. Mereka lebih meraikan tahun baru di mana semua ahli keluarga akan berkumpul dan makan bersama. Mungkin seperti Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.

    24-28 Disember

    Tarikh ini aku memohon cuti daripada sensei aku. Pada mulanya sensei ingat aku hendak pulang ke Malaysia, dia ragu-ragu ingin memberi perlepasan. Setelah memberitahu aku ingin ke Okinawa, sensei hanya senyum dan beri kebenaran.

    Perjalan ke okinawa bermula pada 23/12. Aku bersama 4 orang lagi rakan menaiki bas menuju ke Osaka/Kansai Airport. Tiket kapal terbang yang dibeli dari sana ke Okinawa dengan menggunakan peach airline (macam airasia). Lebih kurang 13000 yen kos tiket kapal terbang.

    Pengangkutan awam di Okinawa tidaklah sebaik di bahagian Jepun yang lain. Kami disarankan oleh rakan Jepun sendiri untuk menyewa kereta. Kereta sewa juga tidaklah terlalu mahai jika dikongsi bersama. Perjalanan akan menjadi lebih mudah jika sewa kereta.

    Selama 4hari 3malam, kami memilih untuk tidur di tempat yang sama. Apartment yang dilengkapi dapur dan bilik mandi menjadi tempat berteduh. Oleh kerana banyak masa dihabiskan di luar, adalah tidak berbaloi untuk menempah penginapan yang mahal.

    Hari Pertama,

    Ambil kereta sewa berdekatan Lapangan terbang Naha
    Check in penginapan
    Singgah di Outlet
    Malam makan di gasto

    Hari Kedua,
    Shurijo
    Makan lunch (sushi)
    menikmati angin laut di pantai (hujan time tu)
    Outlet sekali lagi sebab tak dapat beli masa hari pertama
    Shopping street








    Hari Ketiga
    Manzamo
    Churaumi Aquarium (berbaloi pergi)
    Zanpa beach (light house)
    Makan sushi lagi (AEON)




         


    Hari Keempat
    Snorkeling 11-1
    bergambar di kawasan sekeliling
    bergerak pulang.

    Untuk peringatan pelancong-pelancong akan datang.
    lebih elok merancang destinasi menarik mengikut kawasan,
    ini adalah kerana kami ulang-alik kawasan yang sama 2 hari berturut-turut.









    0 comments:

    Post a Comment