• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Merdeka 59 _ 2016

    Wednesday, August 31, 2016
    Salam,

    Apa yang aku nak share hari ini bukan lah ada kaitan sangat dengan merdeka cuma kebetulan aku menulis pada hari kemerdekaan.

    2 minggu yang lepas, aku membuat cubaan mendaki gunung fuji. Gunung yang paling popular di negara matahari terbit ni. Dengan ketinggian 3776m, aku rasa macam mampu nak sampai puncak tapi apa kan daya, aku punya stamina x kuat pun. Fizikal x bersedia untuk panjat gunung pun..maka aku hanya mampu sampai ke hentian ke 8. (Puncak - hentian ke 9) . Perjalanan dari kaki gunung ke hentian ke 5 mengambil masa 1 jam dari stesen kawaguchiko dengan menaiki bas.
    Selepas solat isyak dan membuat "warming up", pendakian bermula lebih kurang 9 malam. Pendakian ini sepatutnya memakan masa 6-8 jam tetapi oleh sebab aku ni lemah gemalai, mendaki ala-ala itik pulang petang..maka 8 jam tidak cukup untuk aku smpai ke puncak.
    Walaubagaimana pun, keindahan matahari terbit masih boleh dinikmati dari kedudukan 3100m iaitu hentian ke 8.



    花火大会 (Pertunjukkan Bunga Api)

    Monday, August 8, 2016
    Salam sejahtera ke atas kamu...



    Kali ini akan aku ceritakan satu festival yang sering diadakan di Jepun pada musim panas iaitu "pertunjukkan bunga api". Pertunjukan bunga api sering diadakan pada setiap musim panas di setiap bandar-bandar. Hampir setiap hujung minggu penduduk setempat disajikan dengan bunga api cuma ada yang besar dan ada yang kecil.

    Pertujukkan bunga api ini adalah yang terbesar di Kanazawa di mana lebih 20000 tembakan bunga api dilancarkan pada malam tersebut. (xtau mcm mana dia kira) di tepi sungai Tedorigawa, Kanazawa. Bunga api mula tepat jam 8.10 malam dan tamat 9.30.

    Budaya melihat bunga api secara berjemaah sangat-sangat di amalkan oleh masyarakat Jepun. Oleh sebab itu, pada pagi tersebut, masyarakat akan mula memilih tempat dan menanda dengan meletakkan hamparan serta ada yang menulis nama di kawasan yang telah dipilih. Budaya ini seperti budaya mereka yang suka beratur setiap keadaan.

    ni contoh rakyat malaysia yg reserved tempat dari pagi








    Oleh sebab sekarang ni ramai yang sedang main PokemonGo, pihak penganjur telah membuat bunga api istimewa berbentuk pokeball.


    berikut adalah link untuk melihat senarai pertunjukkan bunga api di kanazawa.