• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Merdeka 59 _ 2016

    Wednesday, August 31, 2016
    Salam,

    Apa yang aku nak share hari ini bukan lah ada kaitan sangat dengan merdeka cuma kebetulan aku menulis pada hari kemerdekaan.

    2 minggu yang lepas, aku membuat cubaan mendaki gunung fuji. Gunung yang paling popular di negara matahari terbit ni. Dengan ketinggian 3776m, aku rasa macam mampu nak sampai puncak tapi apa kan daya, aku punya stamina x kuat pun. Fizikal x bersedia untuk panjat gunung pun..maka aku hanya mampu sampai ke hentian ke 8. (Puncak - hentian ke 9) . Perjalanan dari kaki gunung ke hentian ke 5 mengambil masa 1 jam dari stesen kawaguchiko dengan menaiki bas.
    Selepas solat isyak dan membuat "warming up", pendakian bermula lebih kurang 9 malam. Pendakian ini sepatutnya memakan masa 6-8 jam tetapi oleh sebab aku ni lemah gemalai, mendaki ala-ala itik pulang petang..maka 8 jam tidak cukup untuk aku smpai ke puncak.
    Walaubagaimana pun, keindahan matahari terbit masih boleh dinikmati dari kedudukan 3100m iaitu hentian ke 8.



    0 comments:

    Post a Comment