• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • #weekendkajol

    Thursday, October 27, 2016
    Salam,

    Sudah berminggu-minggu hidup aku dihantui Poster. Siang malam asyik fikirkan bagaimana untuk menghasilkan poster yang baik dan menarik agar hadirin dapat mudah memahami. Alhamdulillah siaplah juga poster yang tidak sebarapa kualitinya jika ingin dibandingkan dengan rakan sebaya di makmal ini. Walaubagaimana pun, bukan itu yang hendak diceritakan kali ini.

    Cerita dua hujung minggu tertangguh kerana otak dan badan tidak bergabung buat seketika waktu.

    Last 2 weeks, hari sabtu aku mengikuti program yang dianjurkan oleh Seiryo Kanazawa Universiti di mana peserta terdiri daripada pelajar antarabangsa dari beberapa buah institusi. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat mi soba sendiri dan aktiviti mewarnakan kain (dye cloth) atau mencetak (screen printing) lukisan.

    Oleh sebab sudah lama berlalu, aku sudah tidak ingat secara terperinci apa yang telah dipelajari. hehe. (sorry)







    0 comments:

    Post a Comment