• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • 1.6.16

    Wednesday, June 1, 2016
    Hari ini hari yang sukar.

    Sejak semalam aku mula terasa untuk berhenti belajar.
    Semakin hari semakin susah untuk teruskan fasa belajar ini.
    Mungkin aku terlalu leka dengan zon selesa aku ini..
    Mungkin masih tiada panggilan wake up.

    Aku masih sesat dalam dunia aku sendiri.
    Aku makin jauh ke jalan yang gelap.
    Kelam jalan yang dilalui membuat aku runsing.

    Ya Tuhan,
    Ampunilah dosaku.
    Jentiklah sedikit hambaMu yang lemah ini,
    Berikan petunjuk buatku.

    Setiap hari, setiap langkah, setiap detik yang berlalu,
    rasa dicemar dengan dosa.
    Setiap masa, setiap kata, setiap cita yang lalu,
    menarik diri ini ke pangkal.

    Ku mohon agar diri ini mampu menempuh jalan yang dipilih.
    Walau pilihan di tangan sendiri.
    Namun tangan yang sama perlu menadah meminta keberkatan ILLAHI.



    1616
    Kajolisa
    Kindai
    8.58 p.m.




    しっぱいでした。

    Tuesday, May 17, 2016
    今日はしっぱいでした。

    Hari ini dalam sejarah, gagal dalam ujian memandu di Jepun. Aku terasa diri ini sangat bodoh sebab membuat kesalahan yang bodoh.
    Sebelum memulakan ujian. telefon bimbit aku boleh pulak jatuh atas jalan tar dan berkecai..

    Sekian.

    Kesedihan melanda.


    cerpen

    Monday, May 9, 2016
    Saat aku bertemu rakan lama tiba-tiba satu soalan ditanya.

          "Eh. Lisa, ada orang nak masuk meminang. Ko nak tak?" Mawarnis berbisik.
                Awat aku?Siapa yang nak pinang2 nih? Lisa menggelabah menjawab. 

          "Aku orang tengah je wei, dia pesan suh ko bagi jawapan dalam masa tiga hari, ape-ape hal ko rojer aku balik k?Ingat Lis, 3 hari je....."
               

    "Lisa mula bermonolog dalaman. "Patut ka aku kawen dengan dia?3 hari ja mana sempat nak decide, kalau Istikarah cinta pun belum tentu Allah bagi hint on the spot. Arghh, stress lak nak pikiaq"

    Lisa meneruskan perjalanannya ke universiti. Sepanjang perjalanana Lisa masih dihantui dengan soalan rakannya tadi. Bukannya Lisa tidak mahu mendirikan rumah tangga, cuma kali ini 3 hari yang diberikan oleh jejaka tersebut untuk berfikir dan membuat keputusan adalah terlalu singkat. Walaupun umur semakin mencapai angka 30 an, Lisa masih ragu-ragu untuk menerima lamaran entah dari siapa. 

    Tiba di universiti, Lisa menyarung labcoatnya dan terus ke makmal. Otak yang patut dipenuhi dengan prosedur eksperimen mula di acah-acah dengan rupa paras jejaka tersebut. Lisa mula teringat "encik pendrive" yang diminati suatu ketika dahulu.  Sudah setahun berlalu kisah tersebut, dan sudah berjuta kali jugalah perkataan moved on bibir Lisa berbicara tetapi masih terdetik di hujung sudut terpencil di hati Lisa "patutkah aku tunggu 'encik pendrive' tu lagi?"

    Eksperimen hari ini masih diteruskan walaupun hati sudah tidak keruan. Lisa cuba menghabiskan eksperimennya sepantas kilat. Setelah keputusan diperolehi, Lisa terus berkemas dan bergegas mencari Mawarnis.

    "Mana pulak laa pi cik Mawarnis nih, orang duk kalut cari dia....Dia pun kalut hilang pi mana"


    Lisa hampir buntu untuk membuat keputusan. Ibu dan abah sudah ditanya pendapat, masing-masing berserah dengan keputusan Lisa. Adik beradik pun memberi pendapat yang sama. 

    Sampai lewat malam Lisa masih tidak dapat menghubungi Mawarnis. Tempoh berfikir semakin singkat. 2 hari lagi..

    Akhirnya Lisa tertidur dalam kebingungan.


    Tepat jam 3pagi, alarm yang dikunci mula berbunyi. Lisa bangun dengan tenang, sengaja dia berbuat begitu agar dapat berbicara dengan Ilahi. Lisa duduk bersila sambil mengeliat ke kiri dan kanan supaya badannya lebih segar. Usai mengambil wuduk, Lisa mencapai telekung birunya dan mulakan qiammulail dengan solat sunat tahajud, tasbih, taubat. Kemudian, saat mahu memulakan solat istikarah, tiba-tiba hati menjadi sayu. mata pula mula berkaca. terasa terlalu berat untuk membuat keputusan drastik seperti dipinta. Lisa meneruskan solatnya seperti dirancang cuma sujud terakhirnya lebih lama dari biasa.

    Sambil menunggu subuh, Lisa masih mengadu domba dengan Illahi agar diberi petunjuk dalam masa terdekat.

    Tapi apakan daya, bila saat Lisa bertemu Mawarnis dan ingin menyatakan keputusannya, rupa-rupanya Mawarnis hanya memainkan perasaan Lisa.

    Tulip Fair 2016 in Tonami

    Thursday, April 28, 2016
    Assalamualaikum....


    For those who are living in Kanazawa that are searching places that can spend time surrounded by beautiful flowers can try to go to Tulip Fair in Tonami.

    The garden are planted with a lot types of Tulip. This year is the 65th year Tonami held this fair. 

    Time : 8.30 am to 5.30 pm
    Date : 22.4.2016 to 5.5.2016
    Fee   : 1000 yen for Adult

    If you drive to the location, you can park your car at the parking area charged 500 yen for one day.





    10 hari pusing Jepun

    Friday, April 8, 2016
    Kehadiran abang dan kawannya pada minggu lepas memang memenuhi ruang-ruang hidup aku selama 10 hari. Pada mulanya aku sedikit gentar untuk memohon cuti daripada profesor, tetapi aku gagahkan juga agar percutian kami berjalan lancar.



    Pukul 3.00 pagi aku bergerak ke Kansai Airport dengan memandu sebuah kereta Mitsubishi Colt. Dengan kemudahan GPS kami bergerak ke Rinku Outlet. Untuk memandu di Jepun, ada beberapa perkara yang perlu tahu:
    1. mempunyai lesen antarabangsa
    2. sewa/pinjam kereta yang ada GPS (kalau ada handphone yang ada internet pun boleh)
    3. sediakan ETC (untuk lalu tol atas lebuhraya)
    4. pastikan tayar,minyak itam semua okay (macam nak balik kampung)

    Secara ringkasnya..ini adalah total perjalanan yang dilalui.


    First day kami ke Rinku Outlet dan pusing Osaka.
    Istana Osaka dan tempat yang ada Glico tu.

    The next day kami ke Kyoto.
    Tempat yang wajib dilawati adalah Arashiyama, Kinkakuji, Fushimi Inari.







    Fushimi inari

    Kinkakuji

    Arashiyama

    Di tokyo pula ada beberapa tempat yang wajib pergi juga,

    Shibuya crossing, Akihabara, Asakusa, Gotemba Outlet, Mount Fuji, Harajuku, Odaiba, Masjid Tokyo

    Fuji-San





    East Garden

    Untuk kawasan Hokuriku pulak, boleh ke shirakawa-go, tateyama, toujibo, kanazawa, ganmon,
    (senarai ni ada yang ak x pi)


    Shirakawa-go


    Kenrokuen, kanazawa

    Maaf lah sebab penulisan ni tertangguh hampir sebulan. Idea2 bernas nak tulis dah hilang. 

    Kenrokuen 兼六園

    Friday, February 19, 2016
    Kenrokuen adalah taman ke-3 tercantik  di Jepun. Setiap musim taman ini mempunyai keunikan tersendiri. Gambar yang ditangkap pada minggu lepas ini ketika salji lebat turun.
    InsyaAllah akan cuba capture gambar di musim-musim lain.


    Di pokok-pokok ini diikat tali-tali untuk mengelak dahan pokok patah akibat salji tebal. The name of it is "yukizukuri" if I not mistaken. I have to check back.



    Untuk pengetahuan, penduduk Ishikawa yang ingin melawat Kenrokuen pada hari minggu boleh memasuki taman ini secara percuma. Jika hari-hari biasa perlu bayar 310 yen.



    Presentation Master

    Friday, February 12, 2016
    Salam sejahtera,

    Hari ini semua pelajar Sarjana perlu membentangkan hasil kajian mereka selama 2tahun. Semua berpakaian kemas dalam keadaan bersedia. Apa yang menarik di sini, penetapan masa yang dilaksanakan. Semua pelajar hanya diberi 15 minit masa untuk 5 minit sesi pembentangan dan soal jawab. Soalan yang diajukan oleh pihak juri agak mencabar tetapi dalam masa 5 minit itu, hanya 1 atau 2 soalan sahaja yang sempat ditanya.



    Semua pelajar memakai kot dan ini membuatkan mereka nampak sangat kemas. Oleh kerana aku tidak dapat memahami apa yang dibentang, perasaan kecewa itu menghantui diri ini.

    semoga 3tahun di sini, aku mampu meningkatkan kebolehan bertutur dalam bahasa jepun.