• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • 金沢大学で雪がめっちゃ降っている

    Wednesday, January 25, 2017
    毎年金沢大学で雪がめっちゃ降っている。
    Setiap tahun, di Univesiti Kanazawa salji turun dengan dasyatnya. Sudah tiga hari salji turun tanpa henti (benti gak kejap2). Mungkin saat ini, salji mencapai betis kaki anda. Untuk post kali ini, aku ingin berkongsi sedikit gambar-gambar di sekitar Kanazawa University.









    Tahun lepas tak salji macam tahun ni. 年によってと思います。
    じゃ、また次のポスト。

    p/s: お誕生日おめでとう 向江ち~

    19.1.17

    Thursday, January 19, 2017
    Birthday desu~~

    Salam sejahtera,

    Hari hari jadi ke 29.
    Tahun terakhir dalam fasa 20an.
    Kalau tanya perasaan tu, aku pun xtahu nak jawab apa.
    Cuma rasa semakin tua. tapi perangai masih sama.

    Hari ini aku buat kek carrot bawak ke lab.
    (budaya Orang Jerman-birthday girl/boy buat kek sendiri san jamu orang lain)
    Budaya Orang Jepun pula bg snek sebagai hadiah birthday.
    Macam2 budaya kn?

    Apa2 pun semakin tua ni, semakin malas nak sambut2 birthday...
    Hidup hanya sekali, cuma aku sedar, hubungan aku dengan Allah yang paling patut dijaga sekarang nih.



    初めてのアルバイトの面接

    今日は初めての面接行きました。
    Hari ini kali pertama aku pergi ke temuduga untuk kerja sambilan (baito/part time).
    Dengan pengetahuan bahasa jepun yang sangat tahap rendah, temuduga kali ini tidaklah susah cuma aku hanya boleh faham 30-35% apa yang penemuduga bercakap. (T_T) sedihnya.

    Baru sedar aku punya level nihongo teruk.

    11.11

    Friday, November 11, 2016
    Hari jumaat kali ini jatuh pada 11 haribulan 11.. tarikh memang menarik, dari padi berazam nak buat sesuatu yang menarik...tapi semua x jadi..

    However, hari ini first time pi melawat JAIST. Nice jugak tempat ni, sesuai laa untuk belajar.
    Kalau dari kanazawa drive lebih kurang 20minit. 
    Nak cerita lagi pasai JAIST ni...tapi aku sendiri pun xtau sangat. Yang aku tau, exam entrance dia melalui pembentangan proposal research. Tak macam universiti lain yang kena ambil exam bertulis dan juga temuduga. I think it is a little easier.

    Apa-apa pun, kalau aku rajin nanti aku updet lg pasal jaist nih..*kalau rajin*





    Kouyou 紅葉

    Sunday, November 6, 2016
    紅葉

    Masyarakat Jepun mempunyai satu aktiviti yang dilakukan semasa musim luruh yang dinamakan 'Kouyou'. Aktiviti ini tidak lah semeriah seperti 'Hanami' di mana semua orang berkelah di bawah pepohon sakura beramai-ramai tetapi ke arah berkumpul untuk menikmati saat-saat dedaunan bertukar menjadi kuning atau merah sebelum luruh. Tahun lepas aku sempat ikut ke Hakusan tetapi tahun ini lebih menarik sebab aku ber'kouyou' di Kamikouchi.

    Kamikouchi telah diisytiharkan sebagai taman negara (national park) sejak tahun 1965.

    Perjalanan dari Kanazawa ke tempat parking mengambil masa lebih kurang 3 Jam dan bas ke kamikouchi ini pula 30minit. Tiket pergi balik dari kawasan parking ke atas 2050 yen.

    Di bawah ini antara gambar yang di ambil sekitar kawasan tersebut.
    Cantik dan berbaloi pergi ke kawasan ini.
    ぜひ 行ってください!









    #weekendkajol

    Thursday, October 27, 2016
    Salam,

    Sudah berminggu-minggu hidup aku dihantui Poster. Siang malam asyik fikirkan bagaimana untuk menghasilkan poster yang baik dan menarik agar hadirin dapat mudah memahami. Alhamdulillah siaplah juga poster yang tidak sebarapa kualitinya jika ingin dibandingkan dengan rakan sebaya di makmal ini. Walaubagaimana pun, bukan itu yang hendak diceritakan kali ini.

    Cerita dua hujung minggu tertangguh kerana otak dan badan tidak bergabung buat seketika waktu.

    Last 2 weeks, hari sabtu aku mengikuti program yang dianjurkan oleh Seiryo Kanazawa Universiti di mana peserta terdiri daripada pelajar antarabangsa dari beberapa buah institusi. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat mi soba sendiri dan aktiviti mewarnakan kain (dye cloth) atau mencetak (screen printing) lukisan.

    Oleh sebab sudah lama berlalu, aku sudah tidak ingat secara terperinci apa yang telah dipelajari. hehe. (sorry)







    一年間

    Tuesday, September 27, 2016
    今日は日本に一年間住んでいる。

    Salam, susah pulak nak tulis dalam bahasa Jepun nih. Apa-apa pun, hari ini cukup setahun aku berada di Negara Matahari Terbit. Setahun berlalu sangat pantas, tanpa kusedari masa yang tinggal untuk meneruskan pengajian adalah 2 tahun. InsyaAllah akan ku cuba habiskan apa yang aku mulakan ini walaupun tidak lah sepenuh hati.

    Jujur dari sudut hati memang bukanlah niat utama untuk melangkah ke nagara ini meneruskan pengajian ke peringkat PhD tetapi peluang yang datang ku anggap hanya sekali seumur hidup. Mendapat biasiswa dan membuat kajian tentang gas (yang pasti bukan bidang aku).
    *sesiapa nak sambung belajar, aku mohon carilah bidang yang kamu minat, do not pursue if you just want to go overseas, don't be like me*

    6 bulan pertama di sini, aku banyak berjalan. Berseronok dengan pelajar-pelajar degree dan menimba ilmu bahasa Jepun (which aku sangat suka). 6 bulan seterusnya, masih berseronok cuma sudah terasa tekanan atas sebab-sebab eksperimen tidak berjaya, salah cara mengambil data dan perlu ulang semula beberapa eksperimen dan sampai sekarang aku masih buntu dengan kajian yang dijalankan.

    2 tahun berbaki, mungkin PhD yang bakal diterima tidaklah setaraf mereka-mereka yang publish banyak papers,jurnals, mahupun buku. Aku ini ibarat melukut ditepi ilmu Allah yang Maha Luas.

    Hari demi hari, bukan aku menyesal datang ke sini. Cuma agak menyesal tidak membuat kajian dalam bidang sebelum ini. Mungkin jodoh aku di sini, mungkin juga usai aku di Kanazawa aku harus pulang. Mungkin juga ajal aku di sini, siapa tahu?

    kalau....
    kalaulah...
    kalaulah nyawa di tarik di sini,
    aku mohon aku dikebumikan di sini...
    cc;ibu abah maksu abg kakli bedad apat